Bulan Inovasi 2010

Selamat datang bulan inovasi,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Elektrik akan menganjurkan bulan inovasi bagi staf makmal. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Pertandingan Inovasi di kalangan staf makmal secara berkumpulan. Tema pertandingan adalah berkaitan dengan aktiviti baik pulih peralatan yang rosak agar  boleh diguna semula atau projek-projek inovasi menggunakan alatan-alatan yang berpotensi untuk dilupuskan.Semua staf makmal dialau-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Persembahan projek dirancang akan diadakan pada bulan April 2010.Maklumat lanjut mengenai bulan inovasi serta borang penyertaan adalah seperti di lampiran. Borang Penyertaan hendaklah dihantar kepada saya sebelum atau pada 8 Februari 2010.Maklumbalas segera amatlah dihargai kerana  peserta-peserta yang terlibat akan dikehendaki mengikuti Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif dari pihak MPC(@NPC).

Jangan ketinggalan untuk menunjukkan bakat dan daya keatif anda......

 

Khamis - 4 Februari 2010 bersamaan 19 Safar 1431

Kepada semua peserta yang telah menghantar penyertaan diucapkan terima kasih , adalah diharapkan idea-idea inovasi yang akan dipersembahkan boleh digunapakai/dimanfaatkan di makmal2 FKE  khususnya atau di mana sahaja di UTM. Penyertaan terus dibuka dan dialu-alukan kepada semua staf makmal mengambil bahagian.

Selamat Mencuba...

Urusetia Bulan Inovasi Staf makmal 2010

PENGUMUMAN

PELANCARAN BULAN INOVASI OLEH TNC(A) DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA * 3 MAC

2010 (RABU) , 2.30 PTG DI BILIK DEMO 1 P16. SEMUA JURUTEKNIK KANAN TERTINGGI/JTEKNIK KANAN /JURUTEKNIK DIMESTIKAN HADIR.

* Tertakluk kepada perubahan

KEPADA SEMUA J/TEKNIK KANAN/JURUTEKNIK-2 MAC 2009

Semua Juruteknik Kanan akan mengetuai Jabatan masing-masing semasa upacara penyerahan fail meja. Senarai nama staf akan diumumkan mengikut jabatan. Sila mendaftar mulai jam 2.00 petang dan duduk mengikut jabatan yang telah dilabel pada kerusi di bilik demo . Kedudukan jabatan adalah seperti di lampiran ( sila rujuk file attachment : UPACARA RAPTAI.doc)

Pakaian lelaki : Uniform Juruteknik (blue navy + seluar slack dark blue)

Pakaian Wanita : Baju kurung biru + tudung biru + over coat hitam)

Majlis ini diadakan untuk anda semua, harap mendapat kerjasama dari semua rakan-rakan agar majlis berjalan dengan lancar dan sempurna . Terimakasih.

-Inovasi melalui transformasi-

 

SALAM INOVASI

Kepada rakan-rakan inventor, dalam kesenyapan sejenak membicarakan aktiviti inovasi , harapnya projek inovasi di lokasi masing-masing terus dibangunkan sementara menunggu masa untuk dipersembahkan .

Maklumat terkini yang hendak disampaikan adalah berkaitan dengan format pesembahan. Ia berkaitan rapat dengan Kursus KIK yang akan kita adakan tak lama lagi (Tgh tggu isyarat dari PP).Saudara-saudari boleh dapatkan maklumat tentang format tersebut melalui laman ini di ruangan attachment tu..

Teruskan inovasi anda hingga menjadi..Terima kasih